Maruku kacang hijau
Dengan bangga kami perkenalkan Maruku Kacang Hijau -
hasil daripada Ramuan Resepi Tradisi Warisan Waghih Nogori Sembilan yang diwarisi turun temurun.
Dalam setiap biji kacang hijau yang garing terdapat rasa kasih sayang dan keikhlasan yang amat mengagumkan.
Adunan istimewa ini memanggil setiap penggemarnya untuk merasai keaslian dan keunikan rempeyek tradisi dengan setiap kunyahan yang diambil.
Ketika memakan Maruku Kacang Hijau, ia pasti akan menjadi pengalaman yang memuaskan dan pasti akan berulang ulang kali tanpa sedar habis sebalang.
Adalah satu menu wajib di atas meja setiap kali perayaan tak kira bangsa atau agama. Selain digunakan sebagai hiasan meja sempena sambutan hari raya, ia juga sesuai dijadikan kudapan istimewa sambil menonton televisyen atau memandu.
Produk kami amat sesuai dijadikan sebagai cenderahati atau dijadikan hamper sempena musim perayaan untuk menunjukkan kasih sayang kamu kepada rakan-rakan atau orang tersayang.
Maruku Kacang Hijau - Keaslian tradisi Warisan Waghih Nogori Sembilan Dapatkan sekarang dan nikmati pada bila-bila masa!